Logo BeU
Logo BeU

Nest: Tetapkan Impian Kewangan Anda, Dengan Cara Anda

June 23, 2025


BM Ver (1).jpeg

Nest: Tetapkan Impian Kewangan Anda, Dengan Cara Anda

Mencari cara lebih bijak untuk mengurus kewangan anda?

Dengan kemas kini terbaharu pada Nest di dalam Be U, anda boleh merancang pelan kewangan berdasarkan matlamat anda — sama ada melalui Akaun Simpanan-i Qard Be U (Be U QSA) atau Akaun Be U Al-Awfar (Be U AA). Kedua-dua pilihan ini menawarkan fungsi yang berbeza berdasarkan keperluan kewangan anda. Blog ini akan menerangkan perbezaannya, supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat mengikut gaya kewangan anda!

Apa itu Nest?

Nest ialah ciri penetapan matlamat peribadi yang direka untuk membantu anda mengurus matlamat simpanan atau pelaburan mengikut objektif tertentu—sama ada untuk bajet percutian, persediaan hari kecemasan, atau mencapai sasaran kewangan peribadi. Ciri ini tersedia melalui produk Akaun Simpanan-i Qard Be U ("Be U QSA") dan Akaun Pelaburan Be U Al-Awfar ("Be U AA"). Be U QSA dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit, manakala Be U AA tidak dilindungi oleh PIDM.

Dengan kemas kini terbaharu, anda kini boleh mencipta sehingga lapan Nest, setiap satunya boleh dipautkan kepada akaun Be U QSA atau Be U AA, memadam Nest yang telah berjaya dicapai, dan malah membenarkan orang lain menyumbang ke dalam Nest anda melalui kod QR yang tersedia bagi setiap Nest yang dicipta.

Sila baca Terma & Syarat serta Lembaran Maklumat Produk yang terdapat sebelum bersetuju untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan di https://getbeu.com/legal-documents

Akaun Simpanan-i Qard Be U (Be U QSA) Nest:

  • Sesuai untuk simpanan umum.
  • Ideal untuk pelajar & individu yang ingin membuka bank pertama mereka: Contohnya untuk bina dana kecemasan atau menyimpan bagi matlamat jangka pendek seperti bayaran yuran semester atau membeli gajet.

Be U Al-Awfar (Be U AA) Nest – Matlamat Dengan Elemen Keuntungan

AA Nest dikaitkan dengan Akaun Be U Al-Awfar dan berasaskan konsep Mudarabah.

  • Kelayakan untuk Cabutan Hadiah: Membuka peluang untuk memenangi salah satu daripada pelbagai hadiah dalam Be U Al-Awfar.

🔄 Persamaan: Apa yang Ditawarkan Oleh Kedua-dua Nest

Tidak kira pilihan anda, nikmati ciri-ciri ini:

  • Simpanan Automatik: Jadualkan pemindahan berkala tanpa kerumitan.
  • Pengurusan Nest: Lihat dan urus semua matlamat di satu tempat untuk memeriksa kemajuan dengan mudah.
  • Setiap Nest memaparkan jenis akaun dan nombornya untuk rujukan.
  • Pemindahan Langsung (Direct Transfer) Nest: Anda boleh memindahkan wang terus ke akaun Nest anda dari mana-mana bank melalui DuitNow.

Tiada pilihan yang “lebih baik” di sini—hanya mana yang sesuai untuk anda

Dengan Be U, anda tentukan arah kewangan anda. Sama ada anda nak mula menyimpan atau capai matlamat pelaburan seterusnya, Nest tersedia untuk anda. Terokai aplikasi Be U dan mula membina pelan kewangan anda — satu Nest pada satu masa! 🌟

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.